TPM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Feardaus

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Feardaus yang meninggal dunia hari ini. Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak, Allahyarham Ahmad Feardaus Daud yang meninggal dunia, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Allahyarham Ahmad Feardaus atau lebih dikenali sebagai Dek Mat banyak menabur jasa untuk parti khususnya melalui Skuad Sabil dengan memberikan bantuan serta khidmat bakti kepada masyarakat yang memerlukan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Kehilangan Dek Mat benar-benar dirasai oleh keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Gombak.

"Semoga ALLAH SWT menerima segala amal bakti Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta beroleh ganjaran syurga. Insya-Allah,” katanya menerusi laman X hari ini.

Iklan

Ahmad Zahid turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian itu.

Turut mengucapkan takziah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan pemergian Allahyarham Ahmad Feardaus merupakan kehilangan seorang sahabat, pendukung dan penyokong kuat sejak zaman beliau bersama Pemuda UMNO.

Iklan

"Baru mendapat berita yang amat menyedihkan dan meruntun jiwa. Moga ALLAH merahmatimu dan tenanglah kamu di sana wahai sahabatku,” katanya dalam catatan di Facebook. - Bernama