'Sedih, dah jadi kerajaan tapi masih mahu turun ke jalanan'

Iklan
Zuraida Kamaruddin

AMPANG - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin menyifatkan bayangan 'pelan B' dinyatakan pemimpin parti itu bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri kelapan sebagai 'menyedihkan'.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, walaupun ia adalah hak demokrasi, tindakan berkenaan tidak mencerminkan sikap wakil rakyat kerajaan.

Iklan
Iklan

"Tidak mengapa. Ini adalah sistem demokrasi, semua orang boleh lakukan apa yang mereka mahu.

"Tapi menyedihkan jika melihat walaupun sudah menjadi kerajaan tetapi masih mahu turun ke jalanan. Seolah-olah masih tidak boleh berkelakuan seperti kerajaan hari ini," katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Iklan

Zuraida diminta mengulas kenyataan bekas Bendahari PKR, William Leong yang menyatakan sekarang adalah masa untuk menggunakan ‘pelan B’ bagi memastikan berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar.

Sebuah portal berita melaporkan, William yang juga Ahli Parlimen Selayang berkata, adalah penting mendapatkan pandangan awam sebagai tekanan untuk kerajaan kembali ke landasan.

Iklan

"Ini masa untuk pelan B dikeluarkan, suara rakyat itu penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan pandangan untuk kerajaan kembali kepada landasan.

"Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini. Bukan saya mahu suruh mereka turun tapi kita mahukan semangat," katanya.