12 kontena bantuan Mapim berjaya memasuki Gaza

Iklan
Semua barangan ini dibeli dan dibungkus oleh sukarelawan Mapim dan rakan NGO di Mesir, sebelum dihantar melalui laluan darat. Gambar Mapim

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 kontena misi bantuan yang diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah, kata Ketua Misi Bantuan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza, Datuk Sani Araby.

Beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.

Iklan
Iklan

"Pagi tadi, sekitar jam 3 pagi waktu Malaysia, saya menerima satu video yang membuatkan hati sebak dan terharu. Video yang sedang viral (menunjukkan) seorang saudara di Gaza, yang tinggal di khemah pelarian berlari teruja, membawa pulang kotak bantuan tertera bendera Malaysia.

Dalam video tersebut, pemuda Gaza itu menceritakan dengan penuh keterujaan isi kotak bantuan yang jika hendak dibeli dalam suasana kritikal perang kini berlipat ganda, hampir AS$300, lantaran perang yang perit,” ujarnya menerusi sebuah kenyataan media pada Rabu.

Iklan

Menurut Sani Araby, pihaknya menyediakan 8 kontena gandum dan 4 kotak berisi kotak barangan asas yang sangat kritikal untuk kegunaan harian.

Ujarnya lagi, semua barangan ini dibeli dan dibungkus oleh sukarelawan MAPIM dan rakan NGO di Mesir, sebelum dihantar melalui laluan darat.

Iklan

"Perjalanan melalui pelbagai ujian setelah pintu Rafah ditutup dan dijajah rejim. Alhamdulillah akhirnya membuahkan hasil dengan bantuan ini sampai ke tangan mereka yang memerlukan," ujarnya.

Projek nasional itu merupakan usaha kolektif oleh pelbagai pihak dan agensi antaranya seperti Pejabat Timbalan Menteri 1 (RM1 juta sumbangan) serta Pejabat Perdana Menteri.

"Kotak bantuan tersebut adalah sebahagian daripada 12 kontena yang berjaya dihantar melalui Rafah dalam projek besar yang dinaungi sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang sempurnakan flag-off.

"Manakala Nik Nazmi pula diutuskan khas oleh pihak kerajaan untuk hadir di Gudang Mapim, Kaherah untuk flag off sekali lagi sebelum bantuan ini bergerak ke Gaza,” jelasnya lagi.

Gabungan penyumbang yang lain adalah seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Menteri Besar Selangor, Yayasan Wakaf Malaysia, Cinta Gaza Malaysia, Yayasan Damai Abadi, MyAqsa Defender, Glokal Ihsan, Iman Care, Fianz New Zealand, Alkhair Foundation UK dan Pejabat Menteri Agama. - Awani