IDF rakam detik pemusnahan dua terowong di Gaza

Iklan
Menurut satu kenyataan IDF, terowong berkenaan didakwa mempunyai panjang sekitar dua kilometer. Foto REUTERS

GAZA - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa anggotanya meranapkan dua terowong di selatan dan tengah Gaza.

Menerusi sebuah rakaman video dikeluarkan pada Rabu, kedua terowong tersebut dimusnahkan melalui kaedah letupan.

Iklan
Iklan

Menurut satu kenyataan IDF, terowong berkenaan didakwa mempunyai panjang sekitar dua kilometer.

Jelasnya, operasi pemusnahan tersebut dilaksanakan baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan bahawa lebih daripada 45,361 rakyat Palestin terbunuh.

Manakala 107,803 lagi cedera dalam serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. - Awani

Iklan