TUMPAT - Seorang lelaki warga Thailand ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa selepas memasuki negara ini menggunakan pangkalan haram di Kampung Pulau Ular di sini pada Rabu.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan ke atas lelaki itu dilakukan pada jam 11.30 pagi selepas anggota bertugas melihat sebuah bot dari Thailand menurunkan penumpang di bawah jambatan Kampung Pulau Ular.