Ibu, anak maut nahas dua kereta

Iklan
Kemalangan melibatkan dua kenderaan menyebabkan dua beranak maut di tempat kejadian di KM 212.3 WCE dekat Manjung. Foto ihsan Bomba Perak

LUMUT - Seorang wanita dan anak lelakinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan di sini, pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 5 pagi itu mengorbankan Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan kanak-kanak lelaki yang dianggarkan berusia dua tahun.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dan Perodua Kelisa itu diterima jam 5.15 pagi.

Enam mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan dan dua daripadanya disahkan maut di tempat kejadian. Foto ihsan Bomba Perak

Menurut beliau, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar telah diatur gerak ke lokasi kejadian.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati dua orang maut di lokasi kejadian merupakan penumpang kereta Perodua Kelisa manakala empat mangsa lain mengalami kecederaan," katanya di sini.

Sabarodzi berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Pasukan bomba membantu mangsa kemalangan di lokasi kejadian. Foto ihsan Bomba Perak