Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat

Iklan
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting. Foto REUTERS

MOSCOW - Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.

Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.

Iklan
Iklan

Menurut media antarabangsa, tindakan itu dilakukan selepas mendapat arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Pesawat khas itu kemudian diterbangkan ke Aktau dari Moscow.

Iklan

Pada Selasa, sebuah pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 penumpang terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan.

Seramai 12 orang terselamat dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Baku, Azerbaijan ke Grozny, Rusia. - Awani

Iklan