SHAH ALAM - Penyedia perkhidmatan haji dan umrah, Amani Travel Sdn Bhd (Amani Travel) terus memberi perkhidmatan cemerlang dalam pengendalian jemaah haji bagi musim haji 1446H pada 2025.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Muhammad Mior Ismail berkata, mereka telah meraih pencapaian terbaik dengan nilai purata 97.4 peratus oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada musim haji tahun ini sekali gus ia menjadi testimoni kualiti perkhidmatan tahap tertinggi yang ditawarkan.
Menurutnya, dengan berteraskan nilai mesra, profesional dan patuh syariah, Amani Travel memberi jaminan setiap jemaah akan diberi bimbingan lengkap dalam memastikan ibadah haji dapat ditunaikan secara sempurna serta selesa.
"Perkhidmatan yang ditawarkan Amani Travel tertumpu kepada aspek kemesraan selain kualiti tinggi melibatkan penginapan, bimbingan jemaah, makanan dan pengisian ketika menunaikan ibadah haji di tanah suci. Ketika mengerjakan haji yang tertumpu di kawasan Mina, Arafah dan Muzdalifah, kita menyediakan hotel di Aziziyah untuk keselesaan para jemaah.
"Hotel itu terletak berhampiran dengan kompleks Jamrah yang mana ia selesa bagi kapasiti empat hingga lima orang sebilik.
"Penginapan ini menawarkan privasi kepada jemaah selain fasiliti kemudahan yang lebih selesa berbanding mereka menginap di khemah di Mina agak sesak,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Wan Muhammad berkata, mereka turut menyediakan perkhidmatan mutawif berpengalaman bersama seorang petugas haji untuk membantu memudahkan urusan jemaah termasuk aspek hukum-hakam.
Tambahnya, daripada aspek nisbah, seramai 40 hingga 50 orang akan dibimbing oleh seorang mutawif bagi memastikan petugas sentiasa peka dan arif mengenai jemaah.
"Bimbingan yang menekankan kepada sunnah Rasulullah SAW ketika mengerjakan manasik haji bermula pada Hari Tarwiyah 8 Zulhijjah, wukuf di Arafah sehinggalah pada hari melontar di jamrah.
"Kita bawakan tokoh hadis yang dikenali iaitu Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi bagi mengupas hadis-hadis 40 berkaitan sejarah dan juga haji serta umrah,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Muhammad berkata, Amani Travel juga akan menawarkan perkhidmatan baharu bagi musim haji iaitu Perkhidmatan Masya’ir Naik Taraf (PMN) iaitu jarak khemah lebih dekat selain menyediakan bas khas kepada jemaah untuk ke Arafah, Muzdalifah dan kembali semula ke Mina.
Selain itu, ujarnya, mereka turut menyediakan hidangan bufet yang terdiri daripada masakan dari negara Asia sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
"Kita naik taraf jarak khemah lebih dekat ke jamrah untuk melontar dan ada bas khas.
"Selepas selesai haji dan masuk ke Makkah, kita juga menawarkan hotel bertaraf lima bintang dengan jarak 50 hingga 70 meter sahaja dari Masjidil Haram,” katanya.
Agensi berpengalaman luas, rekod cemerlang
Sementara itu, Wan Muhammad turut menjelaskan syarikat mereka mempunyai rekod baik dalam mengendalikan jemaah umrah sejak penubuhannya pada 2013.
Beliau berkata, setelah lebih sedekad menguruskan lebih 15,000 jemaah umrah, syarikat tersebut diberikan kepercayaan apabila dilantik sebagai pengelola jemaah haji bermula 2024.
Ujarnya, selepas mengendalikan jemaah haji untuk satu musim, Amani Travel terus mendapat pengiktirafan oleh TH apabila dilantik semula untuk pengurusan haji pada 2025.
"Kriteria penarafan yang ditetapkan ialah dari aspek audit kewangan dan pengurusan jemaah ketika di tanah suci dan operasi di tanah air termasuk operasi di pejabat dan kakitangan.
"Lantikan semula Amani Travel mengendalikan jemaah haji pada musim haji seterusnya adalah satu pengiktirafan yang kami amat banggakan, apatah lagi dengan pemarkahan cemerlang,” jelasnya.
Amani Travel terus kembangkan operasi
Menurut beliau, antara kriteria pemilihan sesebuah syarikat untuk mengendali jemaah haji perlu mendapatkan pemarkahan sekurangkurangnya 85 peratus oleh TH.
Melangkah ke hadapan, Wan Muhammad bersikap optimis untuk mengembangkan operasi syarikat dengan menyediakan perkhidmatan pengurusan jemaah haji lebih besar menerusi pembukaan cawangan di seluruh negara.
Beliau berkata, setakat ini, Amani Travel mempunyai empat cawangan yang beroperasi di Johor, Kelantan, Pahang dan Perak.
"Sasaran kami ialah membuka cawangan di setiap negeri, seterusnya menjadi antara pemain industri utama dalam pengurusan jemaah haji dan umrah.
"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami mengendali seramai 123 jemaah haji dan maklum balas yang diterima sangat positif,” ujarnya.
Selain itu, Wan Muhammad berkata, mereka bersedia menerima sebarang maklum balas dalam kalangan jemaah dan di Google Review supaya ia dijadikan sebagai rujukan.
Tambah beliau, Amani Travel juga meletakkan sasaran untuk menguruskan 300 jemaah pada musim haji akan datang dan berharap angka itu terus meningkat secara konsisten setiap tahun.
Dalam pada itu, Wan Muhammad berkata, orang ramai boleh melihat butiran mengenai Amani Travel menerusi laman web rasminya di pautan https://www. amanitravel.com.my/ atau melayari laman Facebook dan Instagram Amani Travel.
"Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 06–790 7752 atau berkunjung ke mana-mana cawangan Amani Travel untuk berurusan dengan pihak kami,” katanya.