Warga emas maki timbalan menteri kesihatan mohon maaf

Iklan
Boon Chye menerima permohonan maaf daripada Chua (kiri) ketika bertemu dalam lawatan timbalan menteri kesihatan di Pasar Siang Malam, hari ini.

TAIPING - Seorang warga emas mengemukakan permohonan maaf terhadap Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye selepas mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu video yang tular di media sosial, semalam.

Lelaki berusia 67 tahun itu mengambil peluang bertemu dan bersalaman dengan Dr Boon Chye yang melawat Pasar Siang Malam di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Dalam video berdurasi lebih 2 minit itu, warga emas yang dikenali sebagai Chua melahirkan rasa tidak puas hati akan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang tidak berhawa dingin.

Bagaimanapun, dia kesal dengan tindakannya itu dan mendakwa ia dirakam ketika dia dalam keadaan mabuk.

Iklan

"Saya menyesal dan berjanji tidak akan ulang lagi,” katanya kepada Boon Chye dalam bahasa Hokkien.

Dalam pada itu, Boon Chye menerima permohonan maaf terbabit dan menganggap kes itu sudah selesai.

Iklan

"Kita menerima apa sahaja kritikan daripada rakyat namun, apa yang penting janganlah mencabar undang-undang dalam negara kerana perbuatan itu boleh dikenakan tindakan.

"Kita harap kita ada platform untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa kita melaksanakan larangan merokok ini demi kesihatan rakyat,” katanya.