Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di Lapangan Terbang Hawaii

Iklan
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago. Gambar hiasan

LOS ANGELES - Seorang individu ditemukan mati di ruang roda pesawat United Airlines selepas ia mendarat di sebuah lapangan terbang di Hawaii pada malam Krismas, menurut syarikat penerbangan itu dan laporan media tempatan, lapor Xinhua.

"Setibanya di Lapangan Terbang Kahului di Maui pada Selasa, mayat ditemukan di ruang roda utama satu daripada gear pendaratan pesawat United,” menurut kenyataan syarikat itu pada Rabu, sambil menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang bagi menyiasat insiden itu.

Iklan
Iklan

Menurut syarikat itu, masih tidak jelas bagaimana atau bila individu berkenaan dapat mengakses ruang roda, yang hanya boleh diakses dari luar pesawat.

Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.

Iklan

Jabatan Polis Maui kini menjalankan siasatan berkaitan individu yang ditemukan meninggal dunia itu, lapor media tempatan, Hawaii News Now.

Pegawai memaklumkan bahawa operasi di lapangan terbang berjalan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden itu, menurut laporan tersebut. - Bernama/Xinhua

Iklan