Lidah anggota paling banyak melakukan dosa – Ustaz Azhar Idrus

Iklan
JANGAN normalisasikan perbuatan mencarut, sebaliknya bercakaplah perkara-perkara yang baik ataupun diamkan diri. Foto CANVA

LIDAH merupakan bahagian di dalam mulut yang boleh digerak-gerakkan atau digunakan sebagai alat perasa, untuk bercakap, menjliat dan lain-lain, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.

Anggota badan itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan baik, namun ia juga boleh disalahgunakan termasuk berkata-kata perkara kotor seperti mencarut.

Iklan
Iklan

Perbuatan mencarut merupakan suatu yang kotor dan hina dalam kalangan masyarakat terutamanya umat Islam.

Bagaimanapun, ucapan keji itu seakan-akan menjadi kebiasaan masyarakat, lebih-lebih lagi anak muda zaman kini.

Iklan

Mengapakah hal ini berlaku? Apakah generasi kita sudah hilang sifat malu apabila secara terang-terang mencarut di tempat awam dan media sosial masing-masing?

Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, mencarut adalah perbuatan mengungkapkan atau menyebut anggota badan manusia iaitu alat sulit atau kemaluan.

Iklan

USTAZ AZHAR

"Mencarut berbeza dengan maki hamun dan mengutuk.

Menurutnya, Islam tidak melarang umatnya untuk bercakap termasuk mengenai hal rumah tangga dan suami isteri orang lain namun percakapannya itu mestilah perkara yang baik.

"Apa yang haram ialah bercakap hal-hal yang tidak baik termasuk mencarut,” jelasnya.

Beliau kemudian membawakan sepotong hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik." (Hadis Riwayat Muslim)

Tambah Ustaz Azhar, mencarut merupakan perkara yang kotor yang keluar dari lidah yang kotor serta terbit dari hati yang tidak bersih.

ISLAM tidak melarang untuk berkata-kata berkaitan orang lain, namun ia mestilah kepada perkara yang baik sahaja. Foto CANVA

"Perbuatan mencarut itu salah dan termasuk dalam dosa lisan atau lidah.

Ujarnya lagi, anggota manusia yang paling bahaya antara lidah dan kemaluan pula adalah lidah memandangkan lidah tidak memerlukan orang lain untuk melakukan dosa berbanding dosa kemaluan iaitu zina.