Enam lelaki curi kabel TM ditahan polis

Iklan
Polis menahan enam lelaki yang disyaki melakukan kegiatan mencuri kabel milik TM di Gunung Rapat pada Khamis. Foto ihsan polis

IPOH - Polis menahan enam lelaki yang disyaki terlibat mencuri kabel di hadapan Pasar Awam Kampung Baru, Gunung Rapat di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua lelaki berusia antara 30 hingga 45 tahun itu ditahan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Dalam jam 3.30 pagi itu, pasukan Task Force Khas Unit Rondaan Bermotosikal (URB) daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah tahan sebuah lori.

"Pasukan mula menghampiri dan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa PDRM melihat enam suspek yang sedang membuka lurang milik Telekom Malaysia (TM).

Iklan

"Pasukan membuat pemeriksaan fizikal dan belakang lori telah menjumpai barangan berkaitan curi kabel seterusnya tangkapan kesemua suspek dilakukan," katanya di sini.

Menurut beliau, semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran lori tersebut adalah palsu.

Iklan

"Polis menyita lori tersebut serta peralatan seperti tangga, kunci pembuka lurang, dua pemotong kabel dan tiga gulung tali 'lump' pelbagai warna.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.