Dua dekad tsunami: Aceh bertafakur tiga minit

Iklan
Orang ramai mula membanjiri pekarangan Masjid Raya Baiturrahman sejak jam 7.30 pagi lagi.

BANDA ACEH - Tepat jam 8 pagi, warga Aceh berdiri sejenak selama tiga minit bertafakur mengingati korban tsunami yang melanda Aceh 20 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Ketika siren amaran tsunami dibunyikan (Tsunami Early Warning System - EWS), warga yang hadir terus hiba malah ada yang menitis air mata saat bertafakur mengingati ratusan ribu korban tsunami.

Orang ramai mula membanjiri pekarangan Masjid Raya Baiturrahman sejak jam 7.30 pagi lagi.

Iklan

Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bencana Aceh sebelum hari ini, siren amaran tsunami akan dibunyikan selama tiga minit di seluruh wilayah Aceh sebagai refleksi serta mengenang bencana dua dekad lalu.

Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema ‘’Aceh Thanks The World’’ sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh ‘’Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat’’.

Tepat jam 8 pagi, warga Aceh berdiri sejenak selama tiga minit bertafakur mengingati korban tsunami yang melanda Aceh 20 tahun lalu.

Iklan

Dalam ucapan pembukaan Ketua Jabatan Syariat Islam Aceh Zahrol Fajri, beliau mengungkapkan 20 tahun tsunami Aceh tidak sekadar mengingati tragedi gempa dan tsunami, tetapi semua pihak mempunyai peranan penting dalam menanamkan kesedaran betapa pentingnya mitigasi dan kesiapsagaan warga Aceh menghadapi bencana.

Aceh tidak melupakan warga dunia dan negara yang membantu ketika Aceh hancur dibadai tsunami.

Proses pemulihan dan pembangunan semula Aceh banyak dibantu warga global atas dasar kemanusiaan dan kebersamaan ketika musibah dan bangkit semula selepas bencana.

Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema ‘’Aceh Thanks The World’’ sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh ‘’Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat’’.

Untuk rekod, tsunami Aceh dicetuskan oleh gempa bumi berkekuatan 9.1 - 9.3 pada skala Richter berpusat di pusat gempa di pantai barat Pulau Sumatera.

Gempa tersebut merupakan durasi terpanjang yang pernah dicatatkan, dan bencana geologi yang paling buruk berlaku dalam sejarah moden.

Gempa sekuat itu menghasilkan ombak tsunami setinggi 30 meter, meratakan hampir keseluruhan wilayah kawasan pesisir pantai Aceh dan meragut lebih 170,000 korban nyawa penduduk Aceh. - Awani