Nahas pesawat: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia buka nota takziah

Iklan
Nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran Aktau, Kazakhstan telah mengorbankan 38 nyawa. Foto Reuters

KUALA LUMPUR - Kedutaan Azerbaijan di Malaysia telah membuka nota takziah bagi menghormati mangsa nahas tragis pesawat Azerbaijan Airlines yang berlaku pada Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kedutaan Azerbaijan memaklumkan kemalangan udara semasa pesawat dalam penerbangan dari Baku ke Grozny itu cuba melakukan pendaratan cemas telah meragut banyak nyawa.

Iklan
Iklan

Kerajaan Azerbaijan telah mengisytiharkan 26 Disember sebagai hari berkabung kebangsaan.

"Nota Takziah boleh ditandatangani di kedutaan yang terletak di Lot 589, Jalan 6, Taman Ampang Utama, Selangor mengikut jadual berikut: Khamis (26 Disember) dari jam 2 petang hingga 5.30 petang, dan Jumaat (27 Disember) dari 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 5.30 petang," menurut kenyataan itu.

Iklan

Ucapan takziah juga boleh disampaikan secara bertulis melalui e-mel kepada kedutaan di kualalumpur@mission.mfa.gov.az.

Nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran Aktau, Kazakhstan telah mengorbankan 38 nyawa, menurut Menteri Pengangkutan Kazakhstan, Marat Karabayev seperti dilaporkan oleh Agensi Berita Azerbaijan (Azertac). - Bernama

Iklan