Kimchi, yogurt bantu ibu tunggal jana pendapatan

Iklan
Peserta bengkel, Halimah Dahari (kiri), Harisun Abu Bakar, masing-masing berusia 75 tahun dan Norain Harun, 85 (kanan) menunjukkan bahan utama untuk pembuatan kimchi pada Program Kembara Komuniti bersama PITKM di Dewan Orang Ramai Kampung Padang, Behrang pada Khamis. Foto ihsan Bioeconomy Corporation

TANJUNG MALIM - Golongan ibu tunggal di luar bandar berupaya meningkatkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup mereka dengan menghasilkan makanan sihat dan bernutrisi.

Naib Presiden Kanan Bahagian Sokongan Industri, Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, penghasilan yogurt dan kimchi berpotensi menjadi satu perniagaan berikutan produk itu mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakst di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurut Nora, pihaknya telah mengumpulkan 35 ibu tunggal yang diberi tunjuk ajar dalam menghasilkan dua produk makanan berkenaan.

"Usaha pemberdayaan ibu tunggal dilaksanakan melalui pembelajaran sains yang memfokuskan teknologi penapaian dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penghasilan makanan khususnya pembuatan yogurt dan kimchi.

Iklan

"Peserta juga diberi pendedahan keusahawanan bagi membolehkan mereka mencipta peluang pendapatan yang mampan,” katanya pada program Kembara Komuniti bersama Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) di Dewan Orang Ramai Kampung Padang, Behrang pada Khamis.

Program tersebut turut disertai Bio Tree Biotechnology Sdn Bhd selaku penyedia latihan dan Alpro Pharmacy yang mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Iklan

Nora berkata, program itu juga akan membantu peserta terlibat mengharungi cabaran antaranya akses latihan dan sumber, kaedah pengendalian, amalan kebersihan serta keselamatan makanan.

"Kami bercadang memperluaskan program ini ke kawasan lain yang menghadapi cabaran sosioekonomi serupa.

"Kami juga akan meneroka kerjasama dengan lebih banyak syarikat berstatus BioNexus dan Bio-based Accelerator untuk meningkatkan ketersediaan sumber dan sokongan kepada peserta,” katanya.

Pada program itu, peserta akan memfokuskan penggunaan bahan segar dan semula jadi selain penggunaan bahan utama dalam penghasilan yogurt dan kimchi.

Program Kembara Komuniti bersama PITKM ini selari dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 dan aspirasi Kementerian Sains dan Teknologi yang mempromosikan pembelajaran berasaskan sains, meningkatkan penerimaan teknologi dalam komuniti serta memupuk inovasi melalui inisiatif keusahawanan.