Kerajaan Perpaduan berpotensi menang PRU16, ‘kunci’ ada pada Anwar - Pakar

Iklan
Interviu bertajuk 'PRU awal: PH-BN boleh menang?' berlangsung di Dewan Karangkraf pada Khamis menampilkan Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub sebagai ahli panel. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan berpotensi untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) walaupun dilaksanakan lebih awal sebelum tamat penggal.

Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, satu strategi politik penting untuk memastikan agihan kerusi itu memberi manfaat kelebihan kepada kedua-dua gabungan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika tidak dilakukan dilakukan satu agihan kerusi yang tepat atau tidak ada pemberontakan dalaman BN, gabungan itu boleh membentuk kerajaan pada PRU16 akan datang.

"Pun begitu, perlu ada ketegasan daripada Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kerana kedua-duanya penting dalam mencorak Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"Kuncinya (rahsia raih kemenangan) itu ada pada Anwar. Kalau Anwar berjaya menjinakkan pemimpin daripada DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi saya tidak ada masalah PH untuk bekerjasama semula dengan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Interviu bertajuk ‘PRU awal: PH-BN boleh menang?’ yang dihoskan oleh Haizir Othman di Dewan Karangkraf pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan bahawa Kerajaan Madani mempunyai kelebihan memenangi PRU16 jika diadakan dalam tempoh terdekat.

Menurut Anwar, keyakinan tersebut berdasarkan kerangka pentadbirannya yang mementingkan aspek pengurusan ekonomi.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfiq memberitahu bahawa dalam tempoh dua tahun Kerajaan Perpaduan mentadbir, ketenteraman dalam PH dan kestabilan politik berjaya diwujudkan walaupun berdepan isu-isu tertentu.

Pada masa sama, beliau berkata, kunci yang kestabilan politik negara kini adalah disebabkan Pindaan Akta Anti Lompat Parti 2022.

"Jadi itulah sebenarnya formula yang menyebabkan satu keamanan dan kestabilan politik itu muncul kembali di negara kita, walau apa sahaja cubaan atau langkah yang cuba diambil oleh pihak pembangkang itu berjaya dipatahkan.

"Kunci itu telah menyekat pelbagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Dengan pindaan akta itu, ia sekurang-kurangnya meredakan suhu politik negara dan menyebabkan segala ruang dan laluan untuk meruntuhkan kerajaan sukar dilakukan,” ujarnya.