[SOROTAN 2024] Malaysia melangkaui sempadan kejayaan

Iklan
TAHUN 2024 turut menyaksikan pelbagai peristiwa dan kejayaan penting buat negara.

TAHUN 2024 turut menyaksikan pelbagai peristiwa dan kejayaan penting buat negara.

23 Mac - Khairul Aming tempa nama

Iklan
Iklan

Pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, tercatat dalam Malaysia Book of Records bagi nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop apabila produk ‘Dendeng Nyet Berapi’ dijual dalam masa 3 minit 28 saat.

Selain itu beliau menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sekitar 16 September lalu kerana mempromosi negara kiwi itu menerusi travelog masakannya.

Iklan

1 April - Sivasangari dinobat sebagai atlet terbaik

1 April Sivasangari juara Klasik London, dinobat sebagai atlet terbaik.

Pemain skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari muncul juara Kejohanan Klasik London selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir pada perlawanan akhir yang berlangsung di Alexandra Palace, London.

Iklan

Susulan itu, Sivasangari dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung Kejohanan Klasik London dengan mengalahkan pemain terbaik dunia.

21 Mei - KL bandar kedua terhebat di Asia Tenggara

Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar raya kedua terhebat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura. Senarai terkini Indeks Bandar Global Oxford Economics 2024 memperlihatkan ibu negara Malaysia itu berada berada di tempat ke-135 daripada 1,000 bandar raya di seluruh dunia, manakala Singapura mendahului di tempat ke-42 dalam indeks.

15 Jun - Malaysia tempat ke-10 negara paling aman di dunia

Malaysia berada di kedudukan ke-10 Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) sebagai antara negara paling aman di dunia. Menerusi data GPI 2024 yang dimuat naik oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) pada laman web rasminya, Malaysia memperoleh skor sebanyak 1.427 dalam indeks tersebut.

6 Julai - Anak saudara Siti Nurhaliza menang emas WCOPA

6 Julai Anak saudara Siti Nurhaliza menang emas WCOPA, harumkan nama Malaysia.

Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, mengharumkan negara apabila membawa pulang pingat emas pada World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.

22 Julai - Prestasi ringgit terbaik di rantau asia 2024

Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.

2 Ogos 2024 - Pelajar Malaysia muncul juara dunia

2 OgosIzzul Zafran Abd Razak (tengah) juara dunia pertandingan Adobe Certified Professional World Championship 2024.

Penyertaan sulung penuntut Diploma Rekabentuk Grafik, Izzul Zafran Abd Razak dalam Certiport's Adobe Certified Professional World Championship 2024 membuahkan hasil selepas dinobatkan sebagai juara, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

3 September - Emas pertama untuk Malaysia

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024.

6 September - Bonnie pecah rekod dunia

Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan kejaguhannya apabila mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik 2024 di Paris selepas mengungguli kategori 72 kilogram (kg) lelaki.

15 November - Malaysia juara Kejohanan Dunia IESF 2024

Skuad e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) negara muncul juara Kejohanan Dunia IESF 2024 di Riyadh, Arab Saudi.

6 Disember - ABF harumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa

6 DisemberAkademi Bolasepak Felda (ABF) bawah 15 (B-15) tampil mengharumkan nama negara apabila mereka merangkul gelaran juara bagi kejohanan Bolasepak Bali International Football Championship 2024.

Akademi Bolasepak Felda (ABF) bawah 15 (B-15) tampil mengharumkan nama negara apabila mereka merangkul gelaran juara bagi kejohanan Bolasepak Bali International Football Championship 2024.

10 Disember - Atlet veteran wanita gegar dunia

10 Disember Atlet taekwondo poomsae negara, Yeap Swee Bee melakar sejarah sebagai wanita veteran pertama Malaysia merangkul pingat di Kejohanan Dunia Poomsae 2024 berlangsung di Hong Kong dalam kategori individu bawah 65 tahun.

Atlet taekwondo poomsae negara, Yeap Swee Bee, 64, melakar sejarah sebagai wanita veteran pertama Malaysia merangkul pingat di Kejohanan Dunia Poomsae 2024 berlangsung di Hong Kong dalam kategori individu bawah 65 tahun.

11 Disember - Malaysia juara dunia FIFAe World Cup

Sejarah baharu tercipta dalam dunia e-sukan Malaysia apabila pasukan FAM eRimau berjaya menjuarai kejohanan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile di Riyadh, Arab Saudi.