EPL: Manchester United kalah lagi!

Iklan
Aksi Matheus Cunha (kiri) dan Christian Eriksen berebut bola ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Manchester United di Stadium Molineux. Foto AP

MANCHESTER United berdepan kekalahan keempat daripada lima perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) pada ketika ketua pasukan, Bruno Fernandes, dibuang padang sewaktu tewas 0-2 kepada Wolves di Stadium Molineux awal pagi tadi.

Fernandes diarahkan keluar padang pada awal babak kedua selepas kekasaran yang dilakukannya ke atas Nelson Semedo memaksa pengadil, Tony Harrington,

Iklan
Iklan

melayangkan kad kuning kedua.

Tidak lama selepas itu, Matheus Cunha memecahkan kebuntuan buat pelawat menerusi sepakan penjuru lencong gemilangnya, yang terus menerjah ke jaring pelawat pada minit ke-58.

Iklan

Cunha kemudian sekali lagi memainkan peranan penting, kali ini dengan membantu jaringan Hwang Hee-chan dalam waktu kecederaan, sekali gus memberikan Vitor Pereira kemenangan kedua daripada dua perlawanan sejak mengambil peranan pengurus Wolves daripada Gary O'Neil.

Hanya dua kemenangan liga buat United sejak dibimbing Ruben Amorim iaitu ketika menewaskan Evertin 4-0 pada awal bulan ini dan ketika menewaskan Manchester City 2-1 di gelanggang lawan pada 16 Disember lalu. - Astro Arena

Iklan