Petrosains terus memacu masa depan

Iklan

KUALA LUMPUR – Petrosains, badan impak sosial PETRONAS telah meraikan ulang tahun ke-25 dengan pelbagai aktiviti dan bengkel pendidikan STEM yang melibatkan ribuan peserta sejak Karnival Ulang Tahun dilancarkan pada bulan Mac.

Petrosains terus komited dalam memperkasakan pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik untuk semua rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Pembelajaran praktikal yang diterapkan oleh Petrosains dalam programnya juga telah memberi impak ketara dalam kehidupan Akil, seorang pelajar berusia 12 tahun dari komuniti Jahai.

 Akil bangga menunjukkan robot yang berjaya diciptanya.

Iklan

Beliau telah menyertai bengkel eksperimen yang direka khas untuk kanak-kanak Orang Asli bagi memahami konsep asas robotik.

Walaupun perlu membantu ayahnya di kebun selepas sekolah, Akil tetap bersemangat mengikuti program Petrosains Tech4All kerana minatnya terhadap robotik.

Iklan

"Ia amat menyeronokkan. Saya suka bermain dengan robot dan belajar bagaimana ia berfungsi,” katanya.

Seorang lagi murid, Diana yang berusia 11 tahun dari SK RPS Dala, Perak, turut berkongsi keterujaan sama tentang pengalaman pertamanya dalam bidang robotik.

Walaupun teknologi ini agak asing baginya, Diana menunjukkan bakat luar biasa dalam pengekodan dan pengaturcaraan.

Peserta-peserta PSDC mempamerkan pemahaman mereka tentang STEM dan kelestarian melalui persembahan teater kreatif.

Pengalaman ini memberi inspirasi kepada anak kecil itu untuk mencapai impian menjadi seorang arkitek yang mampu membawa perubahan positif kepada komuniti.

Menghumanisasikan pendidikan STEM untuk semua

Sejak penubuhannya pada 1999, Petrosains memainkan peranan penting dalam memperkayakan kehidupan melalui pameran interaktif dan program STEM.

Misi tersebut sejajar dengan usaha PETRONAS dalam melaksanakan inisiatif impak sosial.

Petrosains terus komited dalam memperkasakan pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik untuk semua rakyat Malaysia.

Bagi sambutan ulang tahun jubli perak ini, Petrosains bekerjasama dengan Roboteam IIUM, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menganjurkan bengkel Petrosains Tech4All di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Program berkenaan telah memberi manfaat kepada 385 peserta Orang Asli melalui aktiviti pembangunan kemahiran dalam STEM.

Pemenang bengkel ini kemudiannya menyertai Cabaran RBTX Petrosains 2024 di bawah subkategori baharu, ‘Inovasi: Budaya Orang Asli & Teknologi’.

Inisiatif ini memberi peluang kepada pelajar Orang Asli untuk mengaplikasikan pengetahuan STEM dalam mencipta penyelesaian lestari.

Sejak diperkenalkan pada 2018, Cabaran RBTX Petrosains telah menarik lebih daripada 77,000 peminat robotik. Acara lain termasuk Robo Tracer, Robo Sumo dan Inovasi: Pelepasan Karbon Sifar Bersih yang mencabar peserta untuk menghasilkan penyelesaian mesra alam.

Sejak diperkenalkan pada 2018, Cabaran RBTX Petrosains telah menarik lebih daripada 77,000 peminat robotik.

Memupuk kesedaran kelestarian

Petrosains juga berperanan dalam memupuk budaya penggunaan lestari dan inovasi, seiring aspirasi PETRONAS sebagai rakan tenaga progresif untuk masa depan yang mampan.

Antara program yang dijalankan adalah pertunjukan sains bertemakan penyelesaian tenaga bersih, gas rumah hijau, penangkapan karbon, ekonomi kitaran, biodiversiti dan ekosistem.

Petrosains turut memperkenalkan Energy Capsule yang memfokuskan kepada peralihan tenaga dan keperluan kelestarian.

Galeri Kelestarian di Petrosains, The Discovery Centre menyediakan pengalaman interaktif yang mempamerkan usaha PETRONAS dalam menangani cabaran kelestarian global.

Pengunjung dapat memahami lebih mendalam mengenai teknologi seperti CCUS (Penangkapan, Penggunaan Semula dan Penyimpanan Karbon) serta penyelesaian inovatif lain.

Selain itu, Petrosains menganjurkan Pertandingan Drama Sains Petrosains 2024 bertemakan Global Sustainability: Nations in Action. Sejak 2019, lebih 3,500 pelajar telah menyertai pertandingan ini, memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar dan menyokong matlamat sifar karbon negara melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

25 tahun membawa perubahan

Meraikan 25 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1999, Petrosains telah memanfaatkan lebih daripada 33 juta individu melalui pelbagai platform pembelajaran fizikal serta maya.

Bagi tahun ini, setakat bulan November, Petrosains telah menerima lebih daripada 717,000 pengunjung ke pusat sainsnya di Suria KLCC, manakala puluhan ribu lagi mengunjungi pusat PlaySmart di Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.

Dalam usaha melangkah ke hadapan, Petrosains akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dan rakan kongsi untuk memperluas akses STEM dan menginspirasi inovator masa depan Malaysia.

Dengan pengalaman selama 25 tahun sebagai peneraju pendidikan STEM, Petrosains kekal komited dalam memperkasakan komuniti melalui pendidikan STEM ke arah masa depan yang lebih lestari dan inovatif.