HOUSTON - Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas, lapor Xinhua memetik laporan tempatan.
Remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun itu ditembak selepas didakwa cuba merompak lelaki berkenaan di sebuah kompleks pangsapuri di barat laut Houston pada sekitar 10:30 malam waktu tempatan, Rabu, menurut Sheriff Harris County, Ed Gonzalez, di platform X.