Mesir rugi hampir AS$7 bilion pada 2024 akibat situasi di Laut Merah

Iklan
Pendapatan Mesir daripada Terusan Suez merosot lebih 60 peratus pada 2024 akibat situasi di Laut Merah. Foto 123RF

MOSCOW - Pendapatan Mesir daripada Terusan Suez merosot lebih 60 peratus, bersamaan AS$7 bilion pada 2024 akibat situasi di Laut Merah, menurut Pejabat Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Sisi bertemu dengan Pengerusi dan Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Terusan Suez, Laksamana Ossama Rabiee... Presiden El-Sisi dimaklumkan mengenai hasil pendapatan yang diperoleh daripada Terusan itu pada 2024, yang mencatatkan penurunan lebih 60 peratus berbanding 2023.

Iklan
Iklan

"Ini bermakna Mesir kehilangan hampir AS$7 bilion pada 2024 akibat situasi berterusan di Laut Merah dan Bab el-Mandeb, yang menjejaskan trafik pelayaran melalui Terusan dan kemampanan perdagangan global," menurut kenyataan Pejabat Presiden pada Khamis.

Pada September, syarikat perkapalan Denmark, A P Moller-Maersk A/S (Maersk) memaklumkan jumlah kapal yang melalui Terusan Suez menurun sebanyak 66 peratus sejak ketegangan meningkat di Laut Merah.

Iklan

Gerakan Ansar Allah di Yaman, yang juga dikenali sebagai Houthi mengisytiharkan sokongannya kepada Palestin dan berikrar untuk menyerang mana-mana kapal yang berkaitan dengan Israel selepas negara itu melancarkan peperangan di Gaza sejak Oktober 2023.

Gerakan itu juga berjanji untuk tidak mengganggu kebebasan pelayaran di rantau berkenaan dan tidak membahayakan kapal-kapal negara lain.

Iklan

Beberapa syarikat menghentikan penghantaran melalui Laut Merah atas kebimbangan keselamatan. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti