Berhati-hati penipuan haji, umrah

Iklan
JANGAN pula sudah bersedia dengan pelbagai kelengkapan untuk menunaikan haji atau umrah, namun tersekat di lapangan terbang apabila tertipu dengan agen atau syarikat yang tidak bertanggungjawab. Foto CANVA

Jabatan Mufti Negeri Pahang ingatkan umat Islam pilih TH, PJH dan syarikat berlesen ketika tunaikan ibadah itu

IBADAH haji merupakan satu kewajipan yang tertulis di dalam Rukun Islam bagi setiap umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya.

Begitu juga ibadah umrah, ia wajib dilaksanakan setiap Muslim apabila mempunyai kemampuan walau hanya sekali seumur hidup.

Iklan
Iklan

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT dalam ayat ke-196 surah al-Baqarah: "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana ALLAH.”

Begitulah permulaan khatib ketika memulakan khutbah Jumaat bertajuk Scam dalam umrah dan haji yang disediakan Jabatan Mufti Negeri Pahang dan dibacakan khatib di seluruh negeri itu baru-baru ini.

Iklan

Menurut khatib, bersempena dengan musim cuti sekolah ini, ramai rakyat Malaysia yang menggunakan peluang untuk menunaikan ibadah umrah.

Katanya, jemaah umrah sebenarnya menyahut seruan ALLAH SWT untuk bertandang ke Tanah Suci Makkah berdasarkan ayat ke-27 surah al-Haj:

Iklan

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescara mereka akan datang ke (rumah Tuhan) kamu dengan berjalan kaki dan menunggang pelbagai jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.”

Tertipu hingga rugi jutaan ringgit

Bagaimanapun menurut khatib, apa yang menyedihkan apabila saban tahun kita semua mendengar berita mengenai penipuan (scam) dalam umrah dan haji.

"Pada tahun berikutnya iaitu 2023, jumlahnya meningkat kepada RM9 juta,” jelasnya.

BUATLAH kajian mengenai agensi pelancongan yang menyediakan pakej menunaikan umrah dan haji agar tidak tertipu kemudian hari. Foto CANVA

Penipuan dalam pengurusan umrah boleh berlaku dalam beberapa keadaan menurut khatib lagi.

"Antaranya ada syarikat yang mengutip wang pendahuluan untuk menunaikan umrah, tetapi hakikatnya mereka berniat menipu dan langsung tidak menguruskan jemaah ke Tanah Suci.

"Kebiasaannya syarikat ini tidak berdaftar dengan pihak berkuasa atau boleh jadi menumpang nama syarikat yang berdaftar,” ujarnya.

Jelasnya, ada juga syarikat yang tidak mempunyai sistem pengurusan perniagaan yang baik, kemampuan kewangan yang lemah dan tiada pelan kecemasan dalam pengurusan umrah serta haji.

"Akhirnya apabila berlaku keadaan di luar jangka seperti pembatalan hotel atau peningkatan harga luar jangka, maka syarikat terpaksa menggunakan wang jemaah kumpulan lain.

"Apa yang lebih menyedihkan ialah syarikat itu lari atau mendiamkan diri selain membatalkan rombongan,” terangnya.

Pilih TH, PJH diiktiraf

Tambah khatib, penipuan juga boleh berlaku dalam ibadah haji apabila terdapat syarikat yang tidak mendapat lesen daripada Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

"Mereka beria-ia memberi keyakinan bahawa syarikat boleh mendapatkan visa haji atau boleh membawa jemaah menunaikan haji dengan menggunakan visa furada atau visa pelancong.

IBADAH haji merupakan satu kewajipan yang tertulis di dalam Rukun Islam bagi setiap umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya, begitu juga ibadah umrah. Foto CANVA

"Akibatnya segelintir jemaah terkandas di lapangan terbang atau ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi dan kegagalan ini menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada para jemaah,” jelas khatib.

"Oleh itu, janganlah kita terburu-buru bertindak menerima tawaran yang belum pasti dan memberi ruang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu menipu kita,” pesannya.

Meneruskan khutbah, khatib juga menyatakan ada juga penipuan berlaku dalam badal haji dengan meletakkan jumlah bayaran yang tidak munasabah.

"Kos permit haji bagi orang tempatan sama ada pelajar, pekerja atau penduduk Arab Saudi yang bernilai tidak kurang 3,000 riyal (RM3,599) dan jumlah yang terhad menjadikan bayaran yang murah adalah meragukan.

Menurut khatib, Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran kepada golongan penipu melalui sebuah hadis: "Dan siapa yang menipu, dia bukan daripada kalangan kami.” (Hadis Riwayat Muslim).

Sebagai penutup, khatib menggariskan beberapa panduan apabila ingin menunaikan ibadah haji dan umrah:

1 - Menggunakan khidmat syarikat yang berwibawa dan diiktiraf serta mempunyai prestasi yang meyakinkan.

3 - Elakkan terperangkap dengan tawaran yang terlalu murah dan tidak masuk akal.

SELIDIK terlebih dahulu mengenai latar belakang syarikat yang akan menguruskan kita sepanjang berada di Tanah Suci Makkah nanti. Foto CANVA

4 - Memastikan bayaran dikutip tidak terlalu awal dan dapatkan resit bagi bayaran tersebut.

5 - Umrah yang diuruskan secara persendirian atau ‘DIY’ boleh dilaksanakan dengan memastikan semua rukun dan wajib umrah diketahui dan boleh dilaksanakan dengan panduan guru pembimbing.