DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah

Iklan
ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dilihat hadir pada Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ke -15 di Kompleks Seri Negeri dekat Ayer Keroh pada Jumaat. Foto Bernama

MELAKA - Tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang sebelum ini di blok kerajaan diubah ke blok pembangkang, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum.

Ibrahim berkata, langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas susulan pengumuman Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 16 Julai.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya telah mengutus surat kepada Takiyuddin untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu, namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang balasan.

Ibrahim berkata, dengan perkembangan terbaharu itu, jumlah ADUN yang menyokong kerajaan kini 25 manakala pembangkang tiga.

Iklan
ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis (tengah) hadir pada Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ke -15 di Kompleks Seri Negeri dekat Ayer Keroh pada Jumaat. Foto Bernama

Muhammad Jailani yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Rembia semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021 dalam pertandingan lima penjuru dengan majoriti 860 undi.

Pada Julai tahun lepas, UMNO menggantung keahlian Muhamad Jailani selama enam tahun kerana didakwa melakukan sabotaj terhadap parti dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor. - Bernama

Iklan