Kura-kura 'terbang' dari Madagascar

Iklan
Perhilitan merampas kura-kura disyaki spesies Radiated Tortoise di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada Khamis, dipercayai diseludup dari Madagascar.

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Helah menyeludup kura-kura spesies dilindungi iaitu Radiated Tortoise dengan isytihar sebagai tumbuhan hidup terbongkar dalam pemeriksaan di Pos Aviation Kargo, Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya kira-kira jam 10.30 malam ke atas dua kotak.

Iklan
Iklan
Abdul Kadir

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 17 ekor kura-kura disyaki Radiated Tortoise bernilai kira-kira RM190,000 di dalam salah sebuah kotak.

"Siasatan mendapati spesies itu diseludup dari Madagascar ke Malaysia.

Iklan

"Tiada individu yang menuntut kotak itu dan semakan semua maklumat pada konsaimen adalah palsu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Perhilitan merampas kura-kura disyaki spesies Radiated Tortoise di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada Khamis, dipercayai diseludup dari Madagascar.

Beliau berkata, satu laporan telah dibuat di Balai Polis KLIA 2.

Iklan

Jelasnya, kemasukan konsainan tersebut didapati melakukan pelanggaran di bawah Seksyen 71 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Seksyen 10, Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

"Kesemua barang kes dirampas untuk siasatan Jabatan Perhilitan dan kita akan menyiasat lanjut untuk memastikan sama ada kes ini ada kaitan dengan sindiket yang melibatkan kes-kes spesies kura-kura sebelum ini," ujarnya.