IACI sasar lebih ramai usahawan dunia automobil

Iklan
Majlis Pra Pelancaran IACI di Kuala Lumpur kelmarin. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

SERI KEMBANGAN - International Automotive Certified Institute (IACI), sebuah institut automobil antarabangsa yang berpusat di Malaysia telah dilancarkan secara rasmi pada 15 Februari lalu bertujuan menyediakan kursus dan latihan bidang itu.

Pengasasnya, Datuk Calvin Yap berkata, IACI diilhamkan bagi berkongsi pengalamannya dalam bidang automobil selain membantu golongan yang memerlukan seperti mereka kurang berkemampuan, kumpulan orang kurang upaya (OKU), siswazah menganggur dan mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

"Kita akan melatih pelbagai kemahiran kepada semua peserta kursus dan latihan IACI nanti. Kita akan memastikan peserta IACI ini akan berjaya menjadi usahawan dalam dunia automobil.

"Cawangan IACI akan dibuka di seluruh negara dan antara sasaran utama adalah untuk membukanya di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di seluruh negara.

Iklan

"Penubuhan ini diharap dapat menyelesaikan pelbagai masalah ekonomi dan membantu rakyat mendapat peluang pekerjaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Pra Pelancaran IACI di sini kelmarin.

Turut berlangsung, majlis menandatangani kerjasama (MoU) antara Carking.Asia bersama Malaysian Automation Workshop Marketing Agency Association (MAWMAA), IACI dan rakan-rakan strategik.

Iklan

Mengulas lanjut, Calvin berkata, IACI bakal mempunyai silibus tersendiri bertaraf antarabangsa dan akan memberikan pelbagai latihan kemahiran kepada peserta.

Calvin (kanan) pada majlis menandatangani MoU dan Pra Pelancaran IACI di Kuala Lumpur kelmarin. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

"IACI melalui Auto Beginner Team akan mencipta peluang pekerjaan dan karier dalam bidang mekanik kereta, pengecat kreatif, jurujual dan sewa, eksekutif pemasaran dan banyak lagi.

"Melalui National Automotive Business Campaign pula, para peserta akan didedahkan dengan hak pengguna dan isu kepenggunaan dan perniagaan,” katanya.

Jelasnya, cawangan IACI pertama akan dibuka berdekatan Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada Mac ini.

"Peserta yang akan mengikuti kursus dan latihan antara satu hingga dua tahun mengikut harap peringkat tertentu dan akan memperoleh sijil selepas tamat latihan.

"Sasaran kami bagi tempoh lima tahun akan datang kami akan membuka cawangan di seluruh kawasan DUN di Malaysia dengan sokongan pelbagai pihak dan rakan strategik,” katanya.

Calvin berkata, pihaknya juga menyasarkan memiliki 1,000 pelajar yang akan mengikuti C2C Platform di bawah bimbingannya sendiri.

"C2C Platform dengan slogan We Love ini akan membuka peluang perniagaan dalam pelbagai bidang merentas industri seperti hartanah, penjualan kereta, aksesori dan sebagainya.

"Ia bakal menjadi jaringan perniagaan yang akan mengemaskini segala peluang perniagaan dan membuka ruang penambahan pendapatan kepada para peserta,” katanya.