85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB

Iklan
85 peratus pengguna TNB tidak terjejas terhadap perubahan kadar tarif elektrik. Gambar hiasan.

BANGSAR - Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.

Ketua Pegawai Kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Nazmi Othman berkata, kadar tarif semasa yang sudah diguna pakai sejak 2014 tidak akan memberi kesan signifikan kepada golongan rentan itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu dan kos pembekalan elektrik sebenar yang lebih kompetitif menjelang Julai 2025.

"Kalau mengikut polisi semasa mereka memang dilindungi, tetapi sebarang perubahan selepas Jun 2025 bergantung kepada keputusan kerajaan.

Iklan

"Kerajaan ada masa untuk tetapkan tarif menjelang Julai tahun depan. Setiap enam bulan memang dikaji mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT). Daripada situ kita lihat ada rebat atau surcaj.

Beliau berkata demikian ketika taklimat bersama media di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum, di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama, Ketua Pegawai Pengurusan Kawal Selia dan Pihak Berkepentingan TNB, Datuk Ir Ts Shamsul Ahmad.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan bersetuju supaya kadar rebat dan surcaj tarif elektrik berdasarkan ICPT dikekalkan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2025.

Namun, jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) masih di peringkat cadangan.

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), lebih RM2.3 juta subsidi elektrik bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai kerajaan.

Tambahnya lagi, penetapan kadar purata tarif asas elektrik di Semenanjung bagi TNB di bawah RP4 akan bermula 1 Januari tahun depan hingga 31 Disember 2027.