KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.
Di Perak, kawasan terlibat adalah Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang, Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).