Keluarga tampal poster Siti Zaharah

Iklan
Poster wajah Siti Zaharah ditampal di stesen minyak sekitar Mentakab dan Temerloh.

TEMERLOH - Usaha pencarian wanita orang kurang upaya (OKU), Siti Zaharah Mohd Anuar, 47, yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu digiatkan dengan meletakkan poster wajahnya di sekitar daerah ini hingga ke laluan lama Jalan Karak.

Siti Zaharah yang mengalami masalah ketidakupayaan mental dilaporkan hilang di rumah pangsa dekat Jalan Karak-Mentakab di sini selepas adiknya menyedari ketiadaannya di dalam bilik kira-kira jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Adik ipar wanita terbabit, Hanif Afhan, 32, berkata, poster itu ditampal di lokasi-lokasi strategik antaranya di stesen minyak, perhentian bas sekitar bandar Mentakab dan Temerloh.

Keluarga berusaha mencari Siti Zaharah dengan menampal poster di hentian bas.

Menurutnya, sehingga Jumaat, kakak iparnya itu masih belum ditemui selepas pelbagai usaha pencarian dilakukan oleh keluarganya.

Iklan

"Malah kakak ipar membuat permintaan untuk menikmati juadah seperti masakan arwah ibunya dan isteri, Siti Zubidah telah menyediakan ayam masak lemak kuning," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ujarnya, Siti Zaharah merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dan berdepan masalah tekanan perasan kira-kira 10 tahun lalu.

Iklan

"Sebelum ini masa tinggal di Dengkil, pernah kakak keluar tapi pergi ke kawasan berhampiran seperti ke rumah keluarga, kubur dan dapat ditemui.

Turut ditampal poster wajah Siti Zaharah di perhentian bas.

"Kali ini, dia baru sahaja tinggal di sini dengan adiknya yang lain kira-kira 10 bulan lalu dan tidak pernah hilang macam ini," tambahnya dia dan keluarganya sudah pulang ke Dengkil pada Jumaat.

Gusar dengan keselamatan wanita tersebut, mereka sekeluarga berharap Siti Zaharah segera ditemui selain mengharapkan kerjasama dan doa orang ramai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Zaharah boleh menghubungi talian 019-5875725 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di 09-2716222.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan meminta kerjasama orang ramai mengesan Siti Zaharah.

Ujarnya, kali terakhir wanita itu dilihat memakai baju berwarna biru, berseluar hitam dan tudung warna merah hati.

Tambahnya, ciri-ciri fizikal wanita tersebut juga memiliki ketinggian kira-kira 150 sentimeter dengan berat 60 kilogram serta berkulit hitam manis.