Angin kencang, laut bergelora dijangka landa perairan negara 29 hingga 31 Disember

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Disember ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Disember ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak hingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Iklan
Iklan

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, kenaikan paras air laut turut diramalkan berlaku di kawasan perairan berkenaan bermula Ahad hingga Isnin dengan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.

Iklan

Menurut MetMalaysia, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter turut dijangka membadai kawasan perairan selatan Samui, Tioman, selatan Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan hingga Selasa.

Di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dan ombak lebih 4.5 meter dijangka berlaku hingga Selasa.

Iklan

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.

Amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan utara Bunguran serta timur laut dan barat daya Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dan ombak hingga 4.5 meter.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut MetMalaysia. - Bernama