KUALA LUMPUR - Polis merampas arak dan rokok seludup bernilai RM3.48 juta dalam serbuan di Klang dan Shah Alam, Selangor kelmarin.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kejayaan itu hasil Op Asap dan Op Methanol yang dilakukan oleh anggota dan pegawai Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) JKDNKA Bukit Aman hasil maklumat dan risikan.