8 maut selepas bas jatuh dari jambatan di Punjab, India

Iklan
Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan lebih 20 orang cedera selepas sebuah bas penumpang terbabas dan terjatuh dari jambatan pada Jumaat ketika hujan lebat di negeri Punjab, India utara.

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan lebih 20 orang cedera selepas sebuah bas penumpang terbabas dan terjatuh dari jambatan pada Jumaat ketika hujan lebat di negeri Punjab, India utara, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Kejadian itu berlaku berhampiran kampung Jiwan Singh Wala di daerah Bathinda, Punjab.

Iklan
Iklan

Sejurus selepas kejadian, penduduk tempatan bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang cedera dan memaklumkan kepada polis, yang segera menghantar pasukan dan anggota pasukan tindak balas bencana untuk menjalankan usaha menyelamat.

"Lapan orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, maut dalam kemalangan hari ini," kata Showkat Ahmad Parray, seorang pegawai kanan kerajaan di Bathinda, kepada media."Lima kematian disahkan di hospital Talwandi dan tiga lagi di hospital awam Bathinda."

Iklan

Parray berkata, menurut saksi yang terselamat, bas itu dipandu pada kelajuan tinggi apabila sebuah traktor datang dari arah bertentangan, menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terjatuh ke dalam parit.

Seorang pegawai polis kanan di Bathinda, Amneet Kondal, berkata, 46 penumpang berjaya diselamatkan dari tempat kejadian.

Iklan

Polis telah mendaftarkan kes dan memerintahkan siasatan mengenai kemalangan itu. - Bernama/ Xinhua