Prospek Malaysia dalam BRICS
Iklan
TAHUN hadapan tepat pada 1 Januari 2025, Malaysia sah menjadi rakan kongsi BRICS di samping dua tetangga, Indonesia dan Thailand serta enam negara lain ke dalam gabungan tersebut. Persoalannya, apakah faedah dan risiko bagi Malaysia dalam menyertai gabungan ini?
Pertama, umum harus memahami motivasi utama Malaysia untuk menyertai BRICS ini iaitu prospek ekonomi dan geopolitik. Dari sudut ekonomi, penyertaan ini menawarkan peluang untuk meningkatkan kerjasama dengan negara rakan dagang yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi. Sebagai contoh, Bank Pembangunan Baharu (NDB) yang diasaskan BRICS menyediakan pembiayaan bagi projek infrastruktur yang dapat mempercepatkan pembangunan di negara ahli.