Bolehkah DAP bertahan tanpa MCA?
Iklan
SEJAK Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan 2022, DAP terus berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan pengundi Cina. Walaupun berjaya memperoleh undi majoriti dalam kalangan komuniti ini, DAP masih menghadapi tekanan untuk membuktikan nilai kewujudannya.
Dalam usaha ini, DAP sering menjadikan MCA sebagai sasaran kritikan sama ada melalui kenyataan pemimpin mereka atau tulisan pengulas pro-DAP dalam media berbahasa Cina.