Remaja lelaki tipu scammer, berjaya dapat semula duit bapa

Iklan
Remaja lelaki Taiwan berjaya memulangkan wang kepada bapanya selepas diperdaya oleh scammer. - Agensi

TAIPEI - Seorang remaja di Taiwan berjaya memperdayakan 'scammers' atau penipu yang mencuri wang berjumlah AS$21,000 (RM94,000) daripada bapanya.

Sebelum usahanya itu berhasil, dia dikatakan mencuba pelbagai helah untuk menyakinkan scammers tersebut sebelum mendapatkan semula wang yang dicuri daripada bapanya itu.

Iklan
Iklan

South China Morning Post melaporkan remaja lelaki itu mengumpan scammer itu dengan menyakinkan mereka bahawa mereka akan menerima keuntungan berganda-ganda hasil daripada pelaburan yang ditawarkan oleh pihak ketiga.

"Dia memberitahu scammers tersebut bahawa dua rakannya kagum dengan keuntungan yang diperolehnya dan tidak sabar untuk menggandakan pelaburan seterusnya bernilai NT$500,000 (RM68,000) dan NT$1 juta (RM136,000).

Iklan

"Semasa perbualan berjalan lancar, remaja itu menyatakan dia sangat terdesak mengeluarkan sebanyak NT$700,000 (RM95,200) daripada keuntungan NT$1 juta seperti mana taktik yang mereka pernah gunakan untuk memperdayakan ayahnya," menurut laporan itu.

Selepas beberapa jam menyakinkan scammers tersebut termasuk menyamar sebagai pelabur yang berminat melabur dalam skim rekaan remaja terbabit, mereka akhirnya bersetuju dengan cadangan itu dan melabur dengannya.

Iklan

"Perbualan itu didedahkan dalam cacatan menerusi ciapan atas talian oleh anak lelaki mangsa dan kemudian dilaporkan Taiwan EBC News pada 17 Disember lalu," menurut laporan tersebut.

Laporan juga mendedahkan bahawa bapanya menetap di daerah Nantou, tengah Taiwan telah menjadi mangsa penipuan dalam talian selepas scammers menyamar sebagai seorang wanita dan mengumpannya untuk melakukan pelaburan sebanyak NT$700,000.

"Bukan sahaja scammers itu secara peribadi menipu wang bapa saya, tetapi mereka juga meyakinkannya untuk memasang aplikasi yang tidak diketahui pada telefonnya.

"Malah, mereka memanggil bapa saya 'ayah', terus bertanya, 'Apa khabar? Adakah ayah makan malam malam ini ? Bagaimana ayah tidur? Mereka sentiasa bertanya tentang kesihatannya," kata remaja lelaki itu semasa ditemuramah Taiwan EBC News.

Remaja lelaki itu mendedahkan, aplikasi palsu yang dimuat turun di telefon bapanya turut menunjukkan bagaimana pelaburannya meningkat sehingga NT$1.3 juta (RM1.7 juta) dan memperoleh keuntungan sebanyak NT$600,000 (RM816,000).

"Itulah punca bagaimana bapa saya ditipu scammers tersebut yang melabur dalam skim tidak pernah wujud dan akhirnya menjadi mangsa penipuan mereka," katanya. - Agensi