Ketepatan model AI urus banjir belum terbukti

Iklan
Musim tengkujuh yang berlaku di negara ini menyebabkan berlaku banjir yang menjadi lumrah pada setiap tahun.

SHAH ALAM - Ketepatan model kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan bencana banjir di negara ini belum dapat dibuktikan sepenuhnya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, banyak negara merancang untuk ke arah penggunaan teknologi tersebut namun ia masih perlu digabungkan dengan model bercorak fizik.

Iklan
Iklan

"Di pihak MetMalaysia, penggunaan AI dan teknologi Internet Kebendaan (IoT) telah mula diadaptasi dalam model ramalan cuaca numerikal bagi menghasilkan output.

"Kos pengkomputeran untuk model AI mungkin lebih murah daripada model-model berasaskan fizik-dinamik yang sedia ada, namun ketepatan model AI sepenuhnya untuk rantau tropika masih belum terbukti keberkesanannya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Kerajaan dicadangkan supaya mengintegrasikan AI dan IoT sebagai solusi pintar dan kos efektif dalam pengurusan bencana banjir di negara ini.

Menurut Bendahari Persatuan IoT Malaysia, Pathmanathan Muniandy, sistem pengesanan banjir pintar yang mampu mengintegrasikan pelbagai sumber data akan mengatasi kelemahan sistem sedia ada serta meningkatkan keupayaan ramalan banjir hingga menjangkau aspek cuaca.

Iklan