Polis Hong Kong buru perompak tisu tandas

Iklan
Tisu tandas antara barangan yang mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan pengguna di Hong Kong. - Foto Agensi

HONG KONG - Polis Hong Kong hari ini memburu perompak bersenjata yang melarikan ratusan tisu tandas di bandar raya itu yang kini berdepan kekurangan bekalan akibat pembelian panik oleh kebanyakan pengguna susulan kebimbangan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan seorang pemandu lori diugut dengan pisau oleh tiga lelaki di luar pasar raya di Mong Kok awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Mereka kemudiannya membawa lari tisu tandas bernilai lebih HK$1,000 (RM533)," katanya.

Difahamkan, tisu tandas menjadi antara barangan paling tinggi permintaan di bandar raya terbabit walaupun kerajaan memberi jaminan bekalan itu tidak akan terjejas akibat wabak tersebut.

Iklan

Selain tisu tandas, bekalan barangan lain yang semakin berkurangan adalah seperti beras, pasta, bahan pensanitasi dan alatan pembersihan lain.

Pihak berkuasa turut menyalahkan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu hingga mencetuskan pembelian panik dalam kalangan pengguna. - AFP

Iklan