DBKL periksa 70 premis, 24 diarah tutup serta-merta

Iklan
Sebanyak 70 premis diperiksa manakala 24 premis dikenakan tindakan tutup serta-merta melalui tindakan khas dijalankan DBKL di sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 70 premis diperiksa manakala 24 premis dikenakan tindakan tutup serta-merta melalui tindakan khas dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara.

DBKL dalam kenyataan berkata, ia melibatkan premis perniagaan yang tidak mempunyai lesen perniagaan sah, menggajikan warga asing dan membuat halangan di tempat awam.

Iklan
Iklan

"Dalam tindakan yang dijalankan, sebanyak 70 buah premis perniagaan telah diperiksa dan disemak dokumen perniagaannya.

"Hasil daripada semakan tersebut, sebanyak 24 buah premis telah dikenakan tindakan tutup serta-merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976," ujarnya dalam kenyataan selepas operasi itu berakhir pada Jumaat malam.

Iklan

Selain itu, DBKL turut memaklumkan, sebanyak 25 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, UUK Pelesenan Tred.

Ujarnya lagi, ia termasuk kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Iklan

"DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut,” tambahnya.