Lori kontena terbalik halang laluan

Iklan
Sebuah lori kontena terbabas dan terbalik di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, di Maran. Foto Facebook Polis Daerah Maran

KUANTAN - Sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik terbabas dan terbalik di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhadapan sebuah sekolah di Maran, pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan berkenaan dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.

Iklan
Iklan

"Kemalangan ini hanya melibatkan kerosakan tanpa sebarang kecederaan. Jalan dari arah Maran menuju ke Kuantan terpaksa ditutup sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, proses pengalihan lori kontena yang terbalik sedang giat dijalankan.

Iklan

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, dan laluan tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pengalihan selesai. - Bernama

Iklan