Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kurang tempat perlindungan

Iklan
Struktur khemah sementara yang menjadi tempat berlindung penduduk Gaza dikhuatiri tidak dapat bertahan sepanjang musim sejuk ini.

NEW YORK - Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, bayi di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kekurangan tempat perlindungan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

"Pada masa yang sama, selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain telah tersekat di rantau itu selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza,” tambah Lazzarini dalam satu hantaran di platform X.

Beliau menyeru penghantaran segera bekalan asas yang sangat diperlukan, termasuk bekalan untuk musim sejuk sambil mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera. - Bernama

Iklan

Iklan