Kebuluran semakin tenat di Gaza

Iklan
Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan kebuluran semakin menghimpit penduduk di Gaza. Foto Xinhua

ROM - Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan kebuluran semakin menghimpit penduduk di Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan untuk menyokong penduduk di Gaza.

Iklan
Iklan

"Kami mengulangi seruan kami untuk akses yang selamat dan berterusan serta pemulihan undang-undang dan ketenteraman.

"Gencatan senjata lebih diperlukan berbanding sebelumnya,” tegas WFP di platform X. - Bernama

Iklan

Iklan