SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri bermula hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda timur dan barat Sabah bermula Sabtu sehingga 30 Disember manakala Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula dari Ahad sehingga 31 Disember ini.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan analisis model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.
"Keadaan tersebut berpotensi membawa hujan berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, satu kawasan bertekanan rendah dijangka terbentuk berhampiran timur Sabah dan berpotensi hujan berterusan di Sabah sehingga 30 Disember.