Hilang 3 hari, mangsa lemas ditemukan terdampar, hampir reput

Iklan
Mayat mangsa ditemukan terdampar dan hampir reput di Pantai Bundusan di Kampung Bundusan, Papar.

PAPAR - Mangsa ketiga yang lemas di Pantai Bundusan di Kampung Bundusan Papar ditemui meninggal dunia oleh pasukan bomba pada tengah hari Sabtu.

Mayat Karl Marx Vitalis, 48, ditemukan terdampar di pantai selepas tiga hari hilang ketika menyelamatkan tiga anak saudaranya yang lemas.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Johainin Ruslan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga.

"Dalam SAR tersebut, mangsa akhirnya ditemui pada jam 12.02 tengah hari oleh pasukan bomba sejauh lapan batu nautika dari tempat mangsa dilaporkan lemas.

Iklan

"Mayat ditemukan terdampar dan sudah hampir reput.

"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Susulan daripada penemuan mangsa terakhir tersebut, Johainin berkata, operasi ditamatkan pada jam 1.32 tengah hari.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Rizq Aariz Julkarnain Abd Aziz dan 14, Rubern Vitalis, 7, manakala abangnya, Matthew Kana Vitalis, 12.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa terakhir merupakan bapa saudara tiga yang lain dan ketika kejadian mereka sedang melakukan aktiviti mandi di pantai berkenaan.