Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini

Iklan
MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan KL serta Putrajaya hingga 9 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan petang ini, lokasi di Kedah yang dijangka mengalami cuaca itu ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan HIlir Perak, Perak.

Iklan
Iklan

Cuaca sama diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor manakala Sarawak melibatkan Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau). - Bernama

Iklan
Iklan