Mencari jejak di tahun baharu
Iklan
KAKI kanan melangkah dan belum sempat kaki kiri mencari tapak, kita sudah berada di penghujung tahun. Dan kaki kita akan melangkah mencari jejak ke tahun baharu. Begitulah masa berjalan sangat pantas. Ia memotong hayat kita untuk mencari jejak terakhirnya.
Hanya akibat Perang Dunia Pertama dan kedua, masa dikatakan menjadi beku dan perlahan geraknya. Perang pertama membunuh 40 juta manusia dan perang kedua seramai 60 juta.