Dividen boleh lebih tinggi
Iklan
DALAM rencana 15 Disember lalu, saya menulis mengenai harapan mendapat dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih tinggi melihatkan prestasi ekonomi dan pasaran saham yang lebih baik.
Alhamdulillah, harapan itu sedikit sebanyak menjadi kenyataan bagi pelabur ASB. Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 24 Disember mengumumkan pulangan 5.75 peratus.