Nahas pesawat Azerbaijan: UK seru siasatan bebas

Iklan
UK menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia. Foto Xinhua

LONDON - United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman dpa.

Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf"atas insiden tragis yang berlaku di ruang udara Rusia" dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan rasmi, Kremlin berkata bahawa pertahanan udara Rusia sedang bertindak di sekitar Grozny, ketika pesawat Azerbaijan Airlines melalui kawasan itu.

"Kenyataan Presiden Putin gagal mengakui bahawa tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak Rusia menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan dan kepentingan negara lain. Kami menyeru siasatan penuh dan bebas.”

Iklan

Sebahagian daripada 29 penumpang dan kru yang terselamat memberitahu media Azerbaijan bahawa mereka mendengar bunyi kuat di dalam pesawat ketika ia berpusing-pusing di ruang udara Grozny.

Pejabat Aliyev menyatakan bahawa Presiden Azerbaijan memberitahu Putin bahawa nahas itu berpunca daripada"gangguan fizikal dan teknikal luaran", tetapi tidak secara langsung menyalahkan Rusia.

Iklan

Kremlin berkata, Rusia melancarkan siasatan jenayah terhadap insiden terbabit, dengan kerjasama"perkhidmatan berkaitan" dari Azerbaijan dan Kazakhstan. - Bernama-dpa