Kelulut 'hilang' pengusaha rugi RM10,000

Iklan
Siti Aisyah menunjukkan sarang yang ditinggalkan kelulut yang 'hilang' untuk mencari makanan di tempat lain.

BESUT - Seorang pengusaha madu kelulut menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila serangga itu meninggalkan sarang untuk mencari makanan di tempat lain.

Siti Aisyah Osman, 37, berkata, kelulut yang menghuni sebanyak 23 sarang yang diusahakannya 'hilang' dipercayai hanya bergantung kepada madu yang terdapat di sarang tersebut untuk dijadikan makanan.

Iklan
Iklan

"Apabila cuaca hujan pada musim tengkujuh ini, kelulut tidak dapat keluar mencari makanan.

Siti Aisyah mengusahakan sebanyak 30 buah lot sarang kelulut sejak tahun 2019.

Iklan

"Keadaan itu menyebabkan ia berpotensi untuk berpindah ke tempat baharu dengan meninggalkan sarang yang sedia ada demi kelangsungan hidup," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Padang Landak, Jerteh, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Siti Aisyah berkata, dia telah mengusahakan sebanyak 30 buah lot sarang kelulut sejak tahun 2019.

Iklan

Bagaimanapun, Siti Aisyah memaklumkan daripada jumlah itu hanya tujuh buah lot sarang kelulut yang masih mampu menjana hasil.

"Empat jenis kelulut yang dipelihara ialah kelulut Heterotrigona itama; Geniotrigona thoracica; Lepidotrigona terminata dan Heterotrigona bakeri.

Siti Aisyah menyatakan sebaik sahaja memasuki bulan November atau Disember, beliau akan menghentikan pengambilan madu serta baki yang ada ditinggalkan sebagai bekalan untuk serangga itu bertahan ketika musim tengkujuh.

Siti Aisyah menunjukkan produk madu kelulut yang dihasilkannya.

"Setiap tahun kejadian kehilangan kelompok atau kroni kelulut itu sentiasa berlaku tetapi pada tahun ini ia berlaku sangat ketara sehingga saya terpaksa menanggung kerugian dalam jumlah yang agak besar.

"Jadi untuk mengumpul dan membeli kembali lot sarang sehingga mencukupi jumlah seperti sebelum ini menyebabkan saya perlu mengambil masa lama serta membelinya secara berperingkat.

"Ini kerana harga bagi satu sarang mencecah RM350 hingga RM500 mengikut jenis kelulut yang dipelihara," jelasnya.