JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mengenai terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ko Kuang, Skudai seperti yang tular di media sosial.
JKNJ melalui kenyataan di Facebook rasminya memberitahu, berita terbabit sama sekali tidak benar dan mengingatkan orang awam tidak menyebarkannya kerana dibimbangi akan menimbulkan situasi panik.