Hujan lebat berterusan diramal landa Pantai Timur esok

Iklan
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan Kuantan, Pahang serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan diramal dilanda hujan lebat. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu sehingga esok mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan keadaan cuaca sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pahang serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Iklan
Iklan

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.

Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor juga diramal mengalami keadaan cuaca sama.

Iklan

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat. - Bernama

Iklan