Antara aksi para peserta semasa menyertai pertandingan perahu panjang pada Festival Cabaran Monsun Perahu Panjang Tanjung Sabtu 2024 di Sungai Kampung Tanjung Sabtu di Kuala Terengganu.
Penganjuran Festival Cabaran Monsun Perahu Panjang Tanjung Sabtu 2024 mampu menghidupkan kembali tradisi yang menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat pesisir Sungai Nerus.
Iklan
Iklan
Sukan tradisi perahu panjang di sini bermula sejak 1980-an lagi kerana perahu adalah pengangkutan utama penduduk kampung untuk ke bandar Kuala Terengganu ketika itu.
Perlumbaan ini amat dinanti-nantikan saban tahun dan mampu menarik puluhan ribu penduduk menyaksikannya dari tebing Sungai Nerus.
Pasukan Kampung Tanjung Sabtu muncul juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dalam kategori jemputan. Foto Bernama